Sistem Jadual Waktu PDF Print E-mail

Pertanyaan? Hubungi Kami.

SISTEM JADUAL INDUK/WAKTU SEKOLAH BERKOMPUTER(SIJITU/e-JADUAL)




Jadual Induk Guru Jadual Waktu Guru   Jaduak Waktu Kelas Statistik Guru Butir
Muat turun dalam bentuk katalog PDF


TESTIMONI: APA KATA PENGGUNA YANG MENGGUNAKANNYA

Pn. Rohaya Bt Abdul Samad – PK1 SK Gombak 1
• Menghadiri kursus SIJITU selama separuh hari sahaja sudah dapat memahaminya dengan baik.
• Tidak sampai seminggu untuk menyediakan jadual waktu dengan SIJITU.
• Relief secara manual terpaksa menghabiskan masa sehingga 3 waktu tetapi dengan SIJITU ia dibuat dengan cepat dan P&P berjalan lancar.
• SIJITU mudah digunakan oleh guru-guru lain.
• SIJITU amat berkesan.


Pn. Hamisah binti Maarof - Guru Penolong Kanan Kurikulum, SK Tropicana
• SIJITU mudah diaplikasikan.
• Mengambil masa 3 hingga 4 hari untuk menyediakan jadual waktu.
• Jadual lebih kemas dan subjek boleh dibezakan dengan warna.
• Penyediaan relief lebih cepat.
• Banyak memudahkan dalam perlaksanaan tugasan selain P&P dapat berjalan dengan lancar.


1. Sinopsis


Teknologi Maklumat mula digunakan secara menyeluruh di sekolah-sekolah bersesuaian dengan perkembangan teknologi era siber dan globalisasi. Dengan memahami trend dan permasalahan semasa di sekolah-sekolah dalam menyediakan jadual induk, sekumpulan pakar IT tempatan telah mengorak langkah untuk mendigitkan proses yang rumit ini.


2. Masalah Semasa Jadual Induk Sekolah

Antara masalah semasa jadual induk di sekolah-sekolah ialah:-
• Kesukaran untuk menyediakan jadual induk yang menyeluruh tanpa komplikasi guru dan bilik darjah.
• Proses penyediaan jadual sekolah mengambil masa yang lama.
• Penyediaan jadual induk akan berulang sekiranya terdapat pertambahan dan pengurangan guru-guru.
• Ianya perlu dikemaskini setiap hari oleh guru yang diberi tanggungjawab bagi memastikan perjalanan kelas tidak terganggu jika terdapat guru-guru yang tidak hadir, cuti sakit, cuti bersalin dan sebagainya.
• Kesukaran untuk mencari guru ganti yang sesuai jika ada guru yang tidak hadir. Akibatnya kelas akan terbiar tanpa guru atau tiada aktiviti pembelajaran.
• Pengkhususan guru yang membuat gantian tidak sama pengkhususan dengan guru yang tidak hadir.
• Catatan rekod bagi guru-guru yang tidak hadir dan guru-guru yang membuat gantian tiada.
• Membuatkan guru yang bertanggungjawab bagi menjanakan jadual induk tidak dapat menggunakan masanya untuk bertugas sebagai seorang guru dan terpaksa menggunakan masanya bagi menyelesaikan perkara-perkara berkaitan dengan jadual induk.



3. Objektif

Objektif sistem jadual induk sekolah berkomputer ialah:-
• Menyediakan jadual induk sekolah yang menyeluruh tanpa komplikasi guru dan bilik darjah secara berkomputer.
• Memberikan cadangan guru gantian yang sesuai berlandaskan kepada pengkhususan guru yang tidak hadir tersebut. Jika ianya tiada maka ia akan digantikan dengan yang terhampir sekali.
• Menjimatkan masa bagi guru yang bertugas untuk membuat gantian pada jadual induk.
• Ketidakhadiran guru tidak akan menjejaskan kelas di mana kelas akan berjalan seperti biasa.
• Merekodkan guru gantian untuk penilaian tahunan.
• Merekodkan keseluruhan ketidakhadiran guru-guru seperti cuti sakit, cuti bersalin dan sebagainya.
• Menyediakan jadual kelas, guru dan bilik darjah atau makmal.
• Menyediakan laporan jumlah jam pembelajaran dan jumlah jam pengajaran dalam seminggu



4. Kelebihan Sistem Jadual Induk Sekolah Berkomputer

Antara kelebihan sistem jadual induk sekolah berkomputer ialah :-
• Menjimatkan masa proses penyediaan jadual sekolah.
• Pengetua dapat memilih guru yang sesuai untuk mengajar kelas gantian jika ada guru yang tidak hadir.
• Dengan adanya rekod guru gantian, pengetua dapat menilai guru yang rajin membuat kelas gantian.
• Memo dapat dikeluarkan secara auto.
• Tugas pencarian guru ganti akan dibuat secara auto. Guru besar sekolah atau bertugas akan membuat keputusan akhir berdasarkan pilihan yang dipaparkan oleh sistem.
• Masa yang digunakan oleh guru yang bertugas untuk membuat gantian semakin mudah dan cepat.
• Ianya akan dapat mengikat guru dengan disiplin sebagai seorang  pendidik, kakitangan awam dan berkanun.
• Dengan catatan rekod ketidakhadiran guru, ianya dapat meningkatkan tahap disiplin guru-guru terbabit.
• Tiada lagi masalah yang akan timbul pada tahun-tahun berikutnya dengan adanya sistem jadual yang bersistematik ini.
• Guru yang menggantikan tugas guru lain yang tidak hadir tidak akan dilupakan jasanya. Secara tidak langsung guru dan murid mendapat manfaat daripada penggunaan sistem ini.
• Guru boleh mencetak laporan profil guru untuk dihantar ke pejabat pendidikan daerah atau negeri.
• Semua laporan boleh dipapar atau dicetak mengikut pilihan masa dari dan hingga untuk kebebasan pilihan.


5. Maklumat Teknikal

Sistem ini telah dibangunkan menggunakan teknologi berasaskan windows. Keperluan perkakasan dan perisian untuk menggunakan sistem ini adalah seperti berikut :-

Perkakasan (minimum).
• PC Pentium III atau yang lebih pantas.
• Memory 64MB RAM atau lebih.
• Kapasiti Hardisk minima 100Mb.

Perisian.
• Windows 9X/NT/2000/XP/Vista & windows terkini.

Sistem ini tidak memerlukan server atau  netwotk.


6. Kesesuaian Sistem.

Sistem yang telah kami bina ini adalah amat sesuai kepada sekolah-sekolah sama ada di peringkat Rendah, Menengah mahupun sekolah-sekolah Agama di seluruh Malaysia. Keperluannya di peringkat sekolah amat-amat dinantikan oleh guru-guru yang mengendalikan jadual waktu tersebut.


7. Kesimpulan

Dengan adanya sistem jadual induk berkomputer ini, maka diharapkan pihak sekolah tidak perlu membuang masa dan tenaga bagi menyediakan jadual dengan sempurna memandangkan kemudahan komputer di hadapan mata kita digunakan dengan sepenuhnya.
Dengan adanya penggantian secara bersistematik, maka faedah terhadap murid dari segi ketinggalan topik pembelanjaran tidak timbul lagi disebabkan guru ganti tersebut menpunyai pengkhususan yang sama atau hampir sama dengan guru yang tidak hadir tersebut. Dengan itu pihak pentadbir sekolah boleh beranggapan perjalanan kelas tidak terganggu dan secara dasarnya ianya akan meningkatkan prestasi sekolah tersebut dari segi akademik.
Pihak pentadbiran sekolah juga akan dapat melihat disiplin-disiplin guru-guru secara menyeluruh dengan adanya laporan berkenaan dengan ketidakhadiran dan sebagainya. Laporan tersebut akan dapat memantau guru-guru yang kerap tidak hadir dalam memperbaiki disiplin diri. Dan ini akan memudahkan peranan pentadbiran dalam menjadikan sekolah tersebut sebagai sekolah yang terbaik dari segi akademik dan disiplin pelajar dan guru.